Ahad, 12 Februari 2012

PENDEDAHAN PEMIMPIN UMNO JERANTUT JUAL HARTA MELAYU!!


J-post akan dedahkan berkenaan isu tanah di sekitar bandar Jerantut. Bukti-bukti tersebut akan memeranjatkan rakyat Jerantut betapabodohnya pemimpin Umno Jerantut dah jadi macam pemimpin MCA. 


Kepada Blogger Wzwh tak payahlah nak buat provokasi berkenaan isu Calon Pakatan. Taktik adu dombak yang busuk dari umno sangat menjijikan!!


Hati-hati bila J-post mula bersuara!


Allahuakabar!!

Jumaat, 10 Februari 2012

Pendedahan Penyelewengan Umno Jerantut!


Salam Maulidur Rasul,
Dikesempatan ini marilah sama-sama kita mengutkan saf bagi menegakkan kebenaran sebenar yang pasti akan membawa sinar baru buat kita rakayat Malaysia.

  Baru-baru ini J-post di cabar oleh seorang blogerr Umno untuk mendedahkan kerakusan umno dan umno Jerantut yang bakal ditengelamkan pada pru 13 ini.

Sebenarnya ada banyak pemdedahan yang akan J-post keluarkan bagi membuktikan penyelewengan yang berlaku dikalangan pemimpin umno Jerantut. J-post tahu bahawa dengan pendedahan isu yang akan muncul tidak lama lagi seperti mana yang dikeluarkan oleh blogger-blogger PR yang memang menambahkan derita buat Umno.

J-post ingin mengingatkan kepada semua penyokong PAS & PKR agar tidak terpedaya dengan omong-omong kosong  yang akan di mainkan sebagai ulang tayang taktik basi mereka.

J-post berharap agar blogger-blogger Umno agar bersiap sedia dengan pendedahan yang bakal menanmatkan riwayat sang kelembai yang bisa menggoncangkan politik tanah air.

Sudah sekian lama hamba berdiam diri bagi melihat telatah mereka yang sentiasa berangan-angan besar untuk mempertahankan rasuah dan penyelewengan terus subur didalam pemerintahan mereka yang kian membusung dan menjijikan!.

J-post dengan sahabat-sahabat yang lain telah pun mendapat bukti yang sangat tepat dengan penyelewengan umno Jerantut dan Kerajaan Barisan Nasional Negeri Pahang!! selepas ini mereka akan terlondeh dan mencari kubur sendiri yang telah pun digali sendiri oleh mereka.

ps: Blog umno Jerantut sedang bercakaran sesama sendiri biarkan mereka memperbodohkan diri mereka sendiri.


Rabu, 1 Februari 2012

KEBODOHAN UMNO MEYAKINKAN PR MENANG MUDAH DI JERANTUT


Melihat pergolakan yang terjadi di antara pemimpin-pemimpin umno di Jerantut Jpost tersenyum melihat akan kebodohan yang menimpa umno di Jerantut ini.
Jpost sekali lagi ingin memberi jawapan yang sangat mudah kepada rakyat di Jerantut.
Siapa yang perlu dipilih sebagai pemimpin kita?

secara ringkas mudah dan tepat:
1) Pemimpin yang bersih.

2) Pemimpin Yang Adil

3) Pemimpin yang Amanah.

cukup 3 kriteria setakat ini sahaja yang sudah dapat kita simpulkan bahawa tiada seorang pun dikalangan mereka yang mempunyai sifat yang telah Jpost nyatakan di atas.

3 Kriteria pemimpin yang perlu ditolak oleh rakyat Jerantut.

1) Mengaut kentungan berjuta-juta ringgit keatas hasil bumi rakyat untuk kepentingan sendiri. Dalam erti kata lain "Tidak Amanah".

2) Menjaga kepentingan golongan tertentu sahaja dengan menafikan hak rakyat. Dalam bahasa muda "Tidak Adil"

3) Terlibat dengan skandal rasuah dan penyalahgunaan kuasa atau maksud lain "Pemimpin Yang Tidak Bersih"

Hujahnya: Kenapa Jpost hanya senaraikan 3 kateria sahaja? sah-sah kalau nak senaraikan 10 Kriteria Pemimpin yang baik, satu pun tidak lekat kepada pemimpin umno Jerantut.

Persoalannya mengapa? Jawapan mudah ini boleh didapati di kedai-kedai kopi, di mesyuarat-mesyuarat kampung2 dan di pasar-pasar malam pun ada. Pergilah tanya sendiri dengan rakyat.

Cukuplah rakyat diperbodohkan selama ini oleh pemimpin yang korupsi ini. Janganlah kita sekali lagi diperdaya oleh kerakusan mereka yang hanya pandai mengukir kata manis namun sebaliknya pahit untuk kita telannya.

Mereka hanya pandai berbicara dipentas-pentas majlis dengan melemparkan janji-janji kosong yang menghayalkan anak-anak semut dan kalkatu-kalkatu yang berterbangan.

Kepada puak2 umno tunggu jpost akan mendedahkan secara lebih terperinci lagi di post yang berikutnya..
-perangai buruk pemimpin umno & Barisan Nasional
-penipuan dan janji kosong
- Ota @ belit yang berleluasa
-Kroninisme yang semakin parah
dan banyak lagi..

Allahu Akbar!!!