Rabu, 4 Ogos 2010

LAWATAN PRESIDEN DAN TG NIK AZIZ KEJERANTUT BERKESAN


Lawaran Ustaz Haji Hadi Awang ke Jerantut khususnya kedalam DUN Tahan meriah dan dapat sambutan hangat penduduk disana. Presiden PAS yang di sertai oleh Jawatankuasa pusat dan Pesuruhjaya PAS Pahang itu dapat bermesra dengan orang kampung Ulu tembeling dan berikrar menyokong PAS dalam pilihaan raya ke 13 nanti.

Selang beberapa hari Tuan Guru Nik Aziz menteri Besar Kelantan pula mengadakan lawatan keJerantut disambut dengan meriah juga. Tuan Guru bukan sahaja bertemu dengan ahli-ahli dan penyokong PAS malah dapat bertemu dengan Anggota Pakatan Rakyat serta kelab penyokong PAS dari Masyarakat Cina dan India diRestoran bersebelahan RHB, Jerantut.

Dianggar dua ratus orang terdiri dari orang melayu, cina dan India berkumpul mengalu-alukan ketibaan Tuan Guru. Walau pun acaranya agak ringkas tapi memuaskan.

Tuan Guru juga melawat Batu Balai dan berziarah dikampung keluarganya dan bermalam dimasjid disana pada keesukannya beliau melawat bilik Gerakan PAS kampung Koi damak serta beramah mesra denga mereka disana. Kira-kira 100 orang jentera PAS menyambut beliau disitu. Tuan Guru berucap agak rengkas tetapi mempunyai mesej yang sangat bermakna kepada jentera.

Lawatan Pemimpin Besar PAS kali ini memberi kesan besar dan menaikan semangat ahli dan penyokong PAS dan pakatan rakyat di Jerantut.