Jumaat, 23 Julai 2010

PAKATAN RAKYAT JANGAN HAYAL PELAN DAMAI

Pelan damai UMNO-PAS ditonjolkan oleh Pemuda UMNO Jerantut nampak ada logik.Tapi Pas utamakan Islam. Dapatkah UMNO meletakan perjuangan Islam sebagai dasar utama negara? Jika boleh terima prasyarat itu boleh mulakan. Kalau tidak, buang masa sahaja. Lebih baik buat kerja masing-masing.

PAS tidak boleh hayal dengan pelan damai. Pelan damai sentiasa merugikan PAS. Isu pelan damai selalu PAS kena spin untuk menguatkan UMNO. Kononya PAS keras kepala tak mahu berpadu dalam Islam. Mereka ajak Pas berunding dalam masa sama pistol hujung hidong PAS.

PR amat rasa geleman bila pemuda UMNO buat syor tentang pelan damai UMNO- PAS. Pemuda Jerantut lihat apa yang jauh sedangkan  nyamuk dalam kelambu sendiripun penuh melabut hisap darah UMNO.

Pemuda UMNO Jerantut itu sendiri kalang kabut dengan naib ketuanya letak jawatan, ketuanya, ada pelan undi tak percaya dari jawatankuasanya, mesyuarat Agung tak berapa cukup korum dan banyak lagi perkara yang berbulu nak sebut.

PR mesti yakin boleh tawan negeri Pahang. Tawan Pahang bermakna tawan seluruh Malaysia kerana Pahang negeri Perdana Menteri. Adnan Yaakob sedang serabut, satu ketika sudah kemas barang pejabat MB tunggu masa kena keluar.

Sekarang banyak lepaskan balak, tanah pada cina dan kroninya sebagai persediaan  terjun lubuk.Mereka heboh fasal curi pasir diSelangor. Bila semua orang pandang negeri Selangor, disini  tangan mereka raba apa yang boleh dijual cepat.

UMNO /BN cukup bersedia untuk terjun jadi pelan damai apa lagi yang kita tunggu? kerja kuatlah dalam PR kerana perigi buta sudah menunggu mereka!

Khamis, 22 Julai 2010

SELAMAT DATANG KELAMAN JERANTUT POST

Kami mengucapkan salam perjuangan dan selamat datang kelaman web Pakatan Rakyat Jerantut. Sekian lama kami berhasrat untuk membuka laman ini maka tercapailah tujuan hasrat murni kami. Laman ini akan kami sarikan dengan penuh tanggung jawab bagi membantu gerakan rakyat menentang kebatilan, kejumudan, ketidak adilan pemerintah hari ini.


Agar dengan kelahiran kami dapat membantu Pakatan Rakyat lebih bersemangat untuk berjuang tanpa rasa jemu dan rasa tertekan demi membela rakyat yang kian lama kian terpinggir oleh kesibukan para pemimpin BN untuk mengisi kepentingan diri mereka tanpa memperdulikan suara-suara halus dari rakyat.


Kami berharap agar saudara saudari yang menyokong, bersimpati dengan perjuangan Pakatan Rakyat terus sering melawati laman ini dan memberikan komen, kata-kata semangat serta kritikan kepada kami agar perjuangan Pakatan Rakyat lebih berkesan dihati nurani masyarakat dan mentafsirkan sokongan mereka pada PRU 13.


ALLAHU AKBAR