Jumaat, 30 Julai 2010

HAPUS 7% DISKAUN HARGA RUMAH DISELANGOR - TONY PUA

PEMIMPIN UMNO MELOMPAT LATAH

Tony Pua Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara telah bersuara supaya diskaun harga rumah berharga RM500,000 keatas kepada orang melayu hendaklah dihapuskan oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Cadangan penghapusan itu dibuat kerana analisa yang dibuat bahawa kuota tersebut hanya dibeli oleh mereka-mereka yang kaya sahaja. Mereka membeli dalam masa sehari dua, kemudian menjual semula kepada ejen-ejen hartanah dengan mendapat keuntungan segera.

Cadangan Tony Pua itu sangat tepat kerana mereka yang kaya membuat duit dengan cara ini, kuota habis dibolot oleh orang-orang tertentu sahaja. Akhirnya orang melayu tidak ada apa juga. Cadangan ini bukan hartanah pada harga RM300, 000 kebawah kerana ia adalah harga  mampu milik dan mereka yang membeli adalah benar-benar memerlukan rumah. Tan Sri Khalid bersetuju dengan Tony Pua itu kerana kerajaan PR selangor telah didedahkan dengan maklumat sebenar.

Pemimpin UMNO melompat seolah DAP mahu menghapuskan semua hak istimewa orang melayu. Lain pula jadinya. Inilah cara UMNO memainkan isu jika ditimbulkan oleh Pakatan Rakyat.  Mereka tetap membela pada segala yang salah walaupun merugikan bangsa sendiri. Pada hal waktu BN memerintah dahulu ejen-ejen itu terdiri dari syarikat orang kuat UMNO yang juga proksi kepada pemimpin UMNO termasuk Khair Toyo.

Ahad, 25 Julai 2010

KEZALIMAN TERHADAP JENERASI KEDUA FELDA

Pakatan Rakyat sangat bersedih dan bersimpati tanaman pisang jenerasi kedua Felda Bukit Damar Lancang dimusnahkan oleh PTG Pahang hingga hasil pisang yang sedang berbuah berlamparan membazir.

Inilah satu bentuk kezaliman kerajaan negeri dibawah pimpinan Adnan Yaakob yang tidak cuba menyelesaikan masalah jenerasi kedua diFelda.  Jenerasi kedua Felda telah tidak dipandang penting oleh kerajaan negeri dan lebih memberi pehatian kepada syarikat-syarikat besar untuk diberi tanah.

Mereka lebih mengutamakan syarikat kroni-kroni mereka untuk memiliki tanah luas-luas sedangkan rakyat yang berusaha sekangkang kera pun dimusnahkan begitu sahaja tanpa peri kemanusiaan. Sepatutnya mereka memberi peluang sebingga hasil itu dikeluarkan terlebih dahulu, kemudian barulah memberi amaran jika meneruskan lagi akan diambil tindakan.

Biasanya sebelum PTG pergi membuat penguat kuasaan ADUN  akan dimaklumkan terlebih dahulu. Dalam hal ini dipercayai Dato' Shakar Shamsudin maklum lebih awal dan memberi signal supaya diteruskan.

Jpost telah membuat tinjauan kelokasi serta betemu dengan mereka yang terlibat, sangat marah dan berazam akan mempastikan Dato' Shakar tidak mendapat laluan mudah dalam PRU ke 13. Mereka juga berkata bahawa pemimpin UMNO sudah terlalu angkuh hingga bersikap takbur memusnahkan sumber makanan yang diusahakan oleh rakyat marhaen.

Jpost membuat tinjauan kekampung Durian Hijau, Jerantut pula dapat berjumpa dengan pemuda-pemuda disana melahirkan rasa kesal dan kecewa kerana permohonan tanah mereka telah ditolak oleh pejabat tanah Jerantut kemudian serta merta diluluskan kepada sebuah syarikat difahamkan pemimpin besar Jerantut yang bergelar 'Datuk'.

Jpost dapat melihat surat-surat penolakan permohonan pemuda-pemuda berkenaan dan surat pengesahan kelulusan tanah kepada syarikat berkenaan oleh pejabat Tanah Jerantut.

Inilah caranya sekarang pemimpin UMNO yang dikatakan 'pencapaian diutamakan, rakyat didahulukan' tetapi apa yang berlaku ' pemimpin didahulukan'.