Jumaat, 30 Julai 2010

HAPUS 7% DISKAUN HARGA RUMAH DISELANGOR - TONY PUA

PEMIMPIN UMNO MELOMPAT LATAH

Tony Pua Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara telah bersuara supaya diskaun harga rumah berharga RM500,000 keatas kepada orang melayu hendaklah dihapuskan oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Cadangan penghapusan itu dibuat kerana analisa yang dibuat bahawa kuota tersebut hanya dibeli oleh mereka-mereka yang kaya sahaja. Mereka membeli dalam masa sehari dua, kemudian menjual semula kepada ejen-ejen hartanah dengan mendapat keuntungan segera.

Cadangan Tony Pua itu sangat tepat kerana mereka yang kaya membuat duit dengan cara ini, kuota habis dibolot oleh orang-orang tertentu sahaja. Akhirnya orang melayu tidak ada apa juga. Cadangan ini bukan hartanah pada harga RM300, 000 kebawah kerana ia adalah harga  mampu milik dan mereka yang membeli adalah benar-benar memerlukan rumah. Tan Sri Khalid bersetuju dengan Tony Pua itu kerana kerajaan PR selangor telah didedahkan dengan maklumat sebenar.

Pemimpin UMNO melompat seolah DAP mahu menghapuskan semua hak istimewa orang melayu. Lain pula jadinya. Inilah cara UMNO memainkan isu jika ditimbulkan oleh Pakatan Rakyat.  Mereka tetap membela pada segala yang salah walaupun merugikan bangsa sendiri. Pada hal waktu BN memerintah dahulu ejen-ejen itu terdiri dari syarikat orang kuat UMNO yang juga proksi kepada pemimpin UMNO termasuk Khair Toyo.

Tiada ulasan: