Ahad, 17 Oktober 2010

BELANJAWAN TERAKHIR BN

wang semakin kurang nilai. Harga sentiasa menang



Belanjawan 2011 yang dibentang jumaat lalu tidak ambil kira isu besar rakyat iaitu sara hidup rakyat melambung. Pemotongan cukai hampir 300 jenis barang impot tidak bertali dengan keperluan orang ramai dan hanya untuk gulungan suka beli barang impot sahaja. Masalah sebenar rakyat adalah harga barang makanan naik tidak berhenti dan nilai wang terlalu rendah. Imflasi 2 % hanyalah atas kertas bukan sebenarnya dan pertumbuhan 6% itu juga pada kertas bank negara saja. SEpatutnya, kerajaan tumpu pada belanja persekolahan yang tinggi, makanan yang mahal, rumah dan bahan bangunan yang mahal, sarahidup membesar anak seperti susu dan makan berzat yang tinggi, bil letrik yang tinggi, belanja reload alatan talipon yang tinggi dan memerah rakyat, belanja perubatan yang tinggi, tol yang sentiasa menaik.


Masalah rakyat setiap hari untuk hidup disebut diatas tadi menjadi fokas utama. Tidak ada guna pendapatan tinggi-tinggi tapi wang tidak bernilai. Harga sentiasa berlumba dan sentiasa dulu dari pendapatan. Amat susah untuk simpanan sebagai lebihan pendapatan. Dalam kedaan rakyat sesak kerajaan masih lagi membuat bangunan 100 tingkat dengan harga 5 bilion. Itu semua tamadun yang akan ditinggalkan oleh kerajaan BN setelah karam dalam PRU 13 nanti. Firaon meninggalkan pramid sebagai saksi kepada keangkuhan pemerintahannya. Rakyat luar bandar tidak ada belanjawan kongkrit selain dari petani dikedah yang tanam padi dan nelayan laut. Dikampung-kampung Ketua kampung, ahli JKKK, Imam mendapat faedah lansung dari belanjawan itu. Tetapi orang ramai kosong. Pelan induk pembanguna luar bandar yang ditonjolkan sehari dua sebelum hari pembentangan belanjawan tidak dimasuk dalam belanjawan. PIPLB itu hanya wayang kulit BN untuk menggula-gula orang luar bandar.


Itulah maksud yang dilaungkan oleh ahli perlemen pakatan rakyat yang semua terkejut sebaik saja belanjawan tamat dibentang oleh menteri kewangan sebagai BELANJAWAN TERAKHIR kerajaan BN. Kali ini rakyat Malaysia terjebak dengan dasar western union. Dasar ala barat pelan APCO telah mula meresap.Kepada ahli parlimen PR tumpukan perbahasan anti belanjawan dengan tentangan terhadap belanjawan sarahidup yang sangat tinggi !. Apa jaminan kerajaan BN barang tidak naik lagi ? Nampaknya tidak ada jalan lain rakyat yang waras tidak membenarkan dasar menjaga kepentingan atasAN DAN ini berterusan. PRU 13 telah ada signal cerah pada belanjawan 2011.

Tiada ulasan: