UMNO sibuk ajak orang melayu bersatu kerana dah semput. Bagi UMNO bersatu itu hanya ada pada UMNO. Bila ramai orang ramai bersatu dibawah pakatan rakyat mereka kata itu bukan bersatu tetapi berpecah. UMNO kata bersatu itu hanya jika sokong UMNO. Bagus betul kamus UMNO dalam memberi makna bersatu.
MCA, Gerakan dan DAP telah bersatu. Timbalan Perdana mEnteri Muhyidin Yasin dan sebelum itu Hisamudin Tun Hussin Onn melatah. Terus warning MCA bangkit janji-janji persepakatan dulu. Memang begitu UMNO Gerakan dan MCA serta MIC selalu saja jadi mangsa kena ungkit janji dulu. Tapi UMNO tak berapa pakai janji dulu itu.
Suka melihat telatah pemimpin UMNO sekarang. Parti komponen pun suka tengok UMNO latah. Sebab itu mereka suka jolok ketiak UMNO. UMNO geli dan melompat dengan jerit merepek-repek.
Pakatan pun suka lihat UMNO melatah. Bila UMNO latah merepek rata. Jadi UMNO sekarang jadi parti politik latah. Siapa suka latah masuk UMNO. PR usik, parti dalam BN usik UMNO. Jadi nampak UMNO dah jalan sorang. Apa dah jadi?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan