Ahad, 22 Ogos 2010

HAJI AHMAD DAUD DALAM SENARAI PUAK BERPERANG

Lembu-lembu UMNO berlaga berebut kawasan rumput
 

Tiba-tiba sahaja muncul nama Dato' Haji  Ahmad Daud, Pegawai Daerah Bera  dalam pergelutan politik jerantut untuk merebut kerusi Parlimen menggantikan Tengku Azlan. Mengikut lapuran blog pro UMNO itu Haji Ahmad ditonjolkan oleh Haji Rosdi  Pegawai Khas Tengku Azlan. Ada persoalan disini mengapa pula Pegawai Khas tonjol kiri, Tengku Azlan tonjol kanan?. Wau..... itu bukan urusan PR. Biarkan !.

Dalam komen blog 44sikulipat dan Suara Perhatin UMNO Jerantut terdapat komen mengenai Pegawai Daerah Bera itu mengurung isteri muda dan berkahwin dengan GRO semasa dikuantan. Husss hebat calon BN pru 13 ini. Pegawai Daerah itu juga masa jadi ADO PLB diJerantut dikatakan membela kroni saudara mara. anak beranak  dalam agihan kontrak PLB.

DO itu juga Menggunakan pengaruhnya untuk menangkap semua lembu orang kampung diangkut dan dikurung oleh Majlis Daerah Jerantut atas alasan terbiar dan tidur merata tengah jalan. Tuan lembu terpaksa menebus balik harta mereka itu hampir sama harga pasaran, jika tidak akan dilelong oleh Majlis Daerah.

Ahmad Daud Dipulau oleh orang kampung. Masa kenduri kawin anaknya, orang luar saja yang datang. Terpaksa impot orang luar memasak, menghidang dan kerja-kerja kenduri.  Huss.... kalau orang kampung dia tidak menerima, mahu jadi calon juga?. begitulah UMNO.

Baru-baru ini terdapat sepintas lalu nama Dato' Sharif Shamsudin bekas pengurus Besar Yayasan Pahang dalam blog sangkakala. Tetapi tidak ada sebarang reaksi dan komen. Namun peperangan yang menentukan hidup mati kali ini adalah antara ADUN Tahan dengan ADUN pulau tawar. Samalah kita saksikan..... kedua-duanya ala Nepoleon 'kurang cukup lima kaki' siapakah yang paling hebat. Ramai yang terlibat dan UMNO akan pecah kurang-kurang kepada empat kumpulan besar.

Tiada ulasan: