Ahad, 22 Ogos 2010

BLOG PRO UMNO PERANG SABIL DIJERANTUT


Sepanjang minggu ini blog pro UMNO diJerantut perang sabil berpunca oleh satu perjumpaan antara Tengku Azlan dengan kumpulan Dr Shukri di Kuala Lumpur. Tengku Azlan telah mengumumkan bahawa ganti beliau bertanding parlimen Jerantut PRU 13 adalah Dr. Shukri. Puak-Puak Wan Amizan ADUN Tahan naik darah kerana dalam perjumpaan itu Tengku Azlan dan Dr Shukri akan mempastikan Wan Amizan tidak bertanding dalam PRU 13 kerana dikatakan banyak isu.

Keadaan nampaknya payah reda kerana masing-masing sudah keluar buah dan bongkar semua isi perut mereka yang selama ini terpendam. Begitulah sama-sama mencuri akhirnya bila tidak sebulu muntah semua. Perangai orang UMNO.

Pakatan rakyat tidak payah bongkar lagi apa-apa isu kerana semuanya sudah terburai. Kita hanya memerhati, mendengar apa yang berlaku. Hanya dengan berusaha lebih kuat dari biasa kawasan parlimen Jerantut pasti dalam tangan Pakatan pada kali ini.

Tiada ulasan: