Isnin, 15 November 2010

PEMBANGUNAN BANDAR BARU JERANTUT- BLOG PRO UMNO PERKAUMAN




sEhari dua ini blog-blog proUMNO sibuk dengan pelan pembangunan bandar jerantut. Blog-blog proUMNO nampak kuat perkauman. Hanya satu saja nampak sebaliknya. Tetapi ditempelak blog pemuda UMNO. Bertikam sama sendiri. Pemuda dengan wzwh.

Jpost tengok wzwh itu lebih tidak perkauman. Apa slahnya bandar ini dipenuh china. Mana-mana bandar semua penuh china. Itu semua hasil kerajaan BN. Bandar kalau mahu maju mesti ramai china dan india. Jika orang melayu belipun bila harga naik melambung mereka jual kechina juga. Apa bezanya jual keChina terus.

Kerajaan BN berjuangan untuk membuat pembangunan dan 1Malaysia. Apa-pula blog pro umno tentang. Dikatakan adawakil rakyat terlibat. Pakatan rakyat sudah dari awal kata pemimpin BN rasuah. Tidak salah, lari ikut mana kalau blog proUMNO sudah dedah sperti itu. Blog ADUN Tahan kata yb shukri ambil sejuta mengapa tak jawab kan itu perkara betul. Jadi tidak payahlah blog pro umno plan-plin.

Memang betulah pemimpin UMNO rasuah. Itulah kerja mereka semua selama ini.

Jumaat, 5 November 2010

PAS DAN PKR KALAH PRK GALAS BATU SAPI SPR BERAT SEBELAH



SPR tidak adil mengendali PRK Batu Sapi dan Galas.Timbalan Pengerusi SPR menjaja dimedia kononnya Pas rasuah. SPR membuat kenyataan supaya BN dapat laluan memfitnah lalu jentera PR ketakutan untuk kempen.

Peribadi calon Dr. Zulkifli di sebarkan ditangkap basah menjejaskan imej peribadi calon Pas. Ternyata gerombolan kaki fitnah nombor satu dunia. Tuan Guru Nik Aziz dilemparkan tuduhan bukan-bukan. Kekalahan itu tidak mengubah apa-apa dan harap Pakatan Rakyat belajar dari kekalahan itu.

Pas patut buat bedah siasat kekalahan tersebut.

Rabu, 27 Oktober 2010

UMNO JERANTUT GILA SANGAT PROJEK NUKLEAR


kesan projek nuklear

UMNO Jerantut gila sangat mahukan projek nuklear dibina di Ulu tembeling. Blog tokoh pemudanya WZWH berulang kali dengan bangganya menuntut loji nuklear dibangun diJerantut. KLIK SINI ambik nak sesangat !!!!.

Ahad, 17 Oktober 2010

BELANJAWAN TERAKHIR BN

wang semakin kurang nilai. Harga sentiasa menang



Belanjawan 2011 yang dibentang jumaat lalu tidak ambil kira isu besar rakyat iaitu sara hidup rakyat melambung. Pemotongan cukai hampir 300 jenis barang impot tidak bertali dengan keperluan orang ramai dan hanya untuk gulungan suka beli barang impot sahaja. Masalah sebenar rakyat adalah harga barang makanan naik tidak berhenti dan nilai wang terlalu rendah. Imflasi 2 % hanyalah atas kertas bukan sebenarnya dan pertumbuhan 6% itu juga pada kertas bank negara saja. SEpatutnya, kerajaan tumpu pada belanja persekolahan yang tinggi, makanan yang mahal, rumah dan bahan bangunan yang mahal, sarahidup membesar anak seperti susu dan makan berzat yang tinggi, bil letrik yang tinggi, belanja reload alatan talipon yang tinggi dan memerah rakyat, belanja perubatan yang tinggi, tol yang sentiasa menaik.


Masalah rakyat setiap hari untuk hidup disebut diatas tadi menjadi fokas utama. Tidak ada guna pendapatan tinggi-tinggi tapi wang tidak bernilai. Harga sentiasa berlumba dan sentiasa dulu dari pendapatan. Amat susah untuk simpanan sebagai lebihan pendapatan. Dalam kedaan rakyat sesak kerajaan masih lagi membuat bangunan 100 tingkat dengan harga 5 bilion. Itu semua tamadun yang akan ditinggalkan oleh kerajaan BN setelah karam dalam PRU 13 nanti. Firaon meninggalkan pramid sebagai saksi kepada keangkuhan pemerintahannya. Rakyat luar bandar tidak ada belanjawan kongkrit selain dari petani dikedah yang tanam padi dan nelayan laut. Dikampung-kampung Ketua kampung, ahli JKKK, Imam mendapat faedah lansung dari belanjawan itu. Tetapi orang ramai kosong. Pelan induk pembanguna luar bandar yang ditonjolkan sehari dua sebelum hari pembentangan belanjawan tidak dimasuk dalam belanjawan. PIPLB itu hanya wayang kulit BN untuk menggula-gula orang luar bandar.


Itulah maksud yang dilaungkan oleh ahli perlemen pakatan rakyat yang semua terkejut sebaik saja belanjawan tamat dibentang oleh menteri kewangan sebagai BELANJAWAN TERAKHIR kerajaan BN. Kali ini rakyat Malaysia terjebak dengan dasar western union. Dasar ala barat pelan APCO telah mula meresap.Kepada ahli parlimen PR tumpukan perbahasan anti belanjawan dengan tentangan terhadap belanjawan sarahidup yang sangat tinggi !. Apa jaminan kerajaan BN barang tidak naik lagi ? Nampaknya tidak ada jalan lain rakyat yang waras tidak membenarkan dasar menjaga kepentingan atasAN DAN ini berterusan. PRU 13 telah ada signal cerah pada belanjawan 2011.

Khamis, 16 September 2010

PEMIMPIN UMNO SAPU HAK RAKYAT


Memang patut rakyat membenci UMNO kerana pemimpinnya hidup menyapu harta rakyat. Pakatan tidak adakan cerita sahaja. Kes seorang jawatan kuasa UMNO Bahagian dan orang kanan wanita UMNO Jerantut memilik peribadikan  rumah rehat jerantut jelas parti itu korup, kotor dan licik.

Blog 44sikulipat telah mendedahkan hal ini seminggu yang lalu telah mendapat reaksi hampir 250 komen tidak berpuas hati dari orang ramai terhadap pengusaha itu. Ini bukti, yang cukup nyata, terang lagi bersuluh. Bukan rekaan atau fitnah.

Dikatakan pemimpin UMNO itu mendapat muka dari Menteri Besar Pahang, Tengku Azlan, Datuk Wan Amizan ADUN Tahan. Pengusaha itu dikatakan telah menipu syarikat kawannya sendiri kemudian terpaksa kawannya itu turun naik mahkamah untuk dapatkan balik modalnya 200,000K.

Blog sangkakala dan suara perihatin UMNO juga ada menyokong supaya resthouse itu ditarik balik tetapi pengusaha itu  tetap kebal. Apa tak kebal Tok Nan, Ku Lan, Tok Mizan ada dibelakang. Begitulah orang UMNO cara mereka sapu hak rakyat.

Lagi lama UMNO memerintah lagi banyak harta awam disapu oleh pemimpin UMNO. Mereka berbalah sesama sendiri kerana berageh harta karun kerana mereka sudah mula rasa PRU 13 kuasa mereka akan berakhir. Perkara ini seperti berlaku diSelangor dan Wilayah sebelum PRU 12.  Sama-sama kita lihat.

Sabtu, 4 September 2010

MISTERI KAIN RENTANG SATU PROPAGANDA MURAHAN

03Sep10

post info : Harakah  full  CnP dari http://anwaribrahimblog.com/

 By Anwar Ibrahim - read more..

Categories: Analisis, Anwar, Demokrasi, Islam, Isu Semasa, KeADILan, Mahkamah, Malaysia, Media, Pakatan Rakyat, Parlimen, Pilihanraya, Politik, Program, Propaganda, Sidenotes and Umno.



Oleh Ahmad Tajdid

RASANYA tidak ada di antara pemimpin Pakatan Rakyat di Johor yangg terlalu bodoh dan naif untuk mengaitkan kempen politik dengan istana. Apatah lagi jika menggantung sepanduk memaparkan wajah Sultan Johor.

Gambar Sultan Johor pada sepanduk atau kain rentang itu dilapor diletakkan di bawah gambar Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan sebaris dengan gambar Pengerusi PKR Johor, Datuk Dr Chua Jui Meng.

Lebih bodoh lagi apabila Dr Chua disifatkan sebagai calon Menteri Besar; sesuatu yang mustahil bagi negeri-negeri Melayu yang berketuakan seorang Sultan.

Para pemimpin Pakatan Rakyat, dari peringkat organisasi paling bawah – cawangan atau ranting – hinggalah ke peringkat nasional tentu maklum tentang perkara-perkara asas dalam perlembagaan negara dan negeri.

Proses perlantikan Menteri Besar Perak sebaik berakhirnya Pilihan Raya Umum 2008 dan krisis yang tercetus akibat rampasan kuasa BN banyak mengajar mereka tentang perkara-perkara berhubung perlembagaan negeri dan kuasa yang ada pada Raja-Raja Melayu dalam memilih Menteri Besar.

Adalah mustahil bagi seorang pemimpin politik bukan Melayu dan bukan Islam untuk dipilih sebagai calon Menteri Besar kerana secara tersurat mahupun tersirat, Menteri Besar bagi sebuah negeri Melayu mestilah seorang Melayu yang ditakrifkan juga sebagai seorang Islam.

Sehubungan itu, adalah suatu tindakan yang bodoh dan naif untuk PKR menggantung sepanduk dan mengisytiharkan Dr Chua sebagai Menteri Besar. Apatah lagi di saat istana Johor beberapa bulan lalu telah menarik balik gelaran Datuk Seri yang dianugerahkan kepada bekas Menteri Kabinet itu.

Setakat ini Dr Chua dan para pemimpin Pakatan Rakyat negeri menafikan bahawa sepanduk itu digantung oleh aktivis PKR. Malah Dr Chua tanpa ragu-ragu menganggap ianya sebagai ‘kerja’ orang Umno bagi menjejaskan imejnya.

Jika benarpun sepanduk itu dipasang ketika PKR dan Pakatan Rakyat mengadakan majlis di Batu Pahat, kerja bodoh itu tidak semestinya dilakukan oleh petugas parti. Ia juga telah dinafikan para pemimpin Pakatan Rakyat negeri.

Program lawatan Anwar ke Batu Pahat pada 31 Julai lalu sebenarnya tidak berjalan lancar kerana diganggu pihak polis. Anwar dijadualkan berucap di Markaz PAS Kampung Sungai Tongkang, Batu Pahat selepas menghadiri majlis makan malam dan perasmian Pakatan Rakyat Batu Pahat di Restoran Grand Sea View, di Jalan Tanjung Labuh.

Sepanduk yang digantung di sebuah dewan, tempat Anwar dijadualkan berceramah turut diturunkan pihak polis walaupun ia tidak memaparkan wajah sultan.

Pihak penganjur terpaksa membatalkan ceramah berkenaan selepas diserbu oleh pihak polis dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU).

Tujuh orang termasuk peniaga ditahan di Balai Polis Rengit tetapi mereka dibebaskan dengan jaminan polis keesokan paginya.

Bila polis masih sibuk mengganggu ceramah-ceramah Pakatan Rakyat di saat indeks jenayah negara semakin meningkat, kita tentunya maklum pihak di sebalik arahan itu.

Walau apa pun motif kejadian tersebut, nyata ada pihak yang tidak begitu senang dengan kemaraan Pakatan Rakyat di Johor.

Kerja-kerja sabotaj ini bukanlah suatu yang asing bagi BN dan Umno.

Lihat sahajalah bagaimana Presiden Semangat 46, Tengku Razaleigh Hamzah dijadikan sasaran fitnah Umno dan BN seminggu sebelum pilihan raya umum 1990 berlangsung.

Pada waktu itu, Tengku Razaleigh yang memimpin dua gagasan politik, Angkatan Perpaduan Ummah dan Gagasan Rakyat mempunyai peluang besar bagi menewaskan BN. Tengku Razaleigh berjaya mendapatkan sokongan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Dato’ Joseph Pairin Kitingan dan menjadikan kedudukan BN bagaikan telur dihujung tanduk.

Selain berasa tidak selamat di Semenanjung, BN yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad ketika itu terkejut dengan kejayaan Ku Li menkucar-kacirkan kubu BN di Sabah melalui PBS. Ku Li juga aktif mencari sokongan dan pakatan politik dengan parti-parti politik Sarawak.

Dan sudah menjadi resmi politik Umno untuk memainkan sentimen kaum dan agama bagi meraih sokongan rakyat. Sigah Kadazan yang dipakai Ku Li dijadikan modal untuk menggambarkan beliau sebagai seorang oportunis politik yang sanggup menjual agama dan bangsa semata-mata untuk berkuasa, sedangkan sigah yang sama (bermotif salib) dipakai Presiden Umno yang juga Perdana Menteri ketika berkunjung ke Sabah.

Kempen jijik Umno yang dilancarkan dengan bantuan media massa utama negara itu berjaya menjatuhkan imej Ku Li di mata pengundi Melayu, dan hasilnya Semangat 46 kalah di kebanyakan kerusi majoriti Melayu kecuali di Kelantan. Usaha untuk menepis fitnah dan pembohongan Umno melalui penyebaran foto Dr Mahathir yang memakai sigah yang sama juga gagal akibat ketiadaan media alternatif yang berkesan.

Insiden yang berlaku di Johor ini tidak mustahil dilakukan oleh Umno yang semakin gusar dengan penularan pengaruh Pakatan Rakyat di negeri itu. Ia bukanlah sesuatu yang di luar kebiasaan berbanding apa yang pernah dilakukan oleh parti itu sebelum ini.

Kerja-kerja sabotaj bukan sesuatu yang asing dalam kempen politik Umno. Dalam sejarah politik negara, Umno bukan sahaja sanggup berbohong, memanipulasikan fakta, hatta secara semberono memperalatkan jentera dan pentadbiran kerajaan untuk terus berkuasa.

Menuduh Pakatan Rakyat sebagai tidak menghormati istana ekoran insiden sepanduk itu juga adalah strategi Umno bagi menjauhkan sokongan orang Melayu terhadap PAS, PKR dan DAP.

Rakyat Johor sendiri boleh menilai parti manakah sebenarnya yang sering memperalatkan istana untuk terus berkuasa hatta mewar-warkan bahawa Umno ditubuhkan di tangga istana.

Ketika diminta mengulas bidasan Dr Chua bahawa sepanduk itu sebenarnya digantung Umno bagi menjejaskan imej beliau, Menteri Besar Johor Dato’ Abdul Ghani Othman menafikannya.

“Tiada siapa hendak buat pun, kita tidak pernah mengamalkan politik seperti itu. Apa yang kita tahu parti pembangkang yang membuat perjumpaan dalam tempoh berkenaan dan kain rentang yang dimaksudkan itu dinaikkan,” kenyataan beliau dipetik media.

Abdul Ghani boleh membuat penafian tetapi semuanya kini terserah kepada tanggapan umum. Rakyat bukanlah senaif dahulu tatkala pemerintah mempunyai kuasa untuk mengawal sumber maklumat.

Dalam perkembangan berkaitan tiga anggota polis pada 18 Ogos lalu telah merakam kenyataan Ketua Umum PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim di ibu pejabat parti itu di Tropicana, Petaling Jaya.

Turut hadir dalam pertemuan hampir 1 jam itu ialah Pengerusi Perhubungan PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng.

Keterangan itu bagi membantu siasatan berhubung penggunaan foto Sultan Johor pada kain rentang itu.

Pada sidang media selepas dirakamkan kenyataannya, Anwar berkata isu kain rentang provokatif itu bertujuan mengheret institusi diraja ke kancah politik kepartian sebagai muslihat dan niat buruk dengan matlamat menimbulkan kemarahan rakyat Johor, terutamanya di kawasan majoriti Melayu di luar bandar.

“Sudah tentu perkara ini tidak menguntungkan PKR ataupun Pakatan Rakyat. Ia sengaja dihantar ke kawasan majoriti orang Melayu, seolah-olah kita memperkenalkan Datuk Chua Jui sebagai Menteri Besar Johor,” tegasnya.

Chua pula berkata tindakan memasang sepanduk itu berniat jahat untuk menimbulkan kemurkaan Sultan Johor.

“Kita tidak sebegitu bodoh untuk katakan, yang saya dicalonkan sebagai Menteri Besar Johor. Ini adalah satu muslihat yang gagal.

“Sebagai seorang peguam yang terlatih dalam bidang undang-undang, saya tahu bahawa orang Cina seperti saya tidak boleh menjadi Menteri Besar. Ini tak masuk akal dan tak logik langsung.

“Matlamat mereka gagal, kerana tidak ramai orang yang percaya dengan apa yang ditulis di atas kain rentang itu. Tiada siapa yang untung daripada perbuatan mereka ini. Jadi kami minta pegawai polis siasat dengan segera kejadian ini, dan tangkap mereka yang terlibat dengan komplot ini,” kata Chua.

Apa juga yang berlaku, kita menuntut pihak polis menjalankan siasatan menyeluruh bagi mencari dalang sebenar kejadian itu.

Kita tidak mahu kejadian ini terbiar menjadi misteri. Seperti juga misteri yang berlegar berhubung insiden cubaan rasuah Umno terhadap calon PAS di Dun Pasir Raja, Johor pada pilihan raya umum 2004. Bukti tentang kejadian rasuah itu benar-benar kukuh. Sipelakunya ditangkap di rumah calon PAS sendiri. Nombor telefon calon BN juga disimpan dalam telefon tertuduh. Kejadian itu dirakam dengan kamera dan video. Pertuduhan dibacakan pegawai BPR ketika tangkapan dibuat dan wang suapan itu diambil pegawai Badan Pencegah Rasuah (BPR) sebagai bukti.

Pegawai BPR yang hadir memuji usaha para petugas PAS memerangkap sipelaku rasuah. Malah polis yang cuba campur tangan tidak dibenarkan masuk ke rumah calon sehingga pegawai BPR hadir.

Apabila ditanya BPR yang kini diangkat status sebagai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), para pegawainya berkata, “kami dan serah kertas pertuduhan ke Pejabat Peguam Negara.”

Namun sudah enam tahun berlalu, tiada sebarang pertuduhan yang dilakukan Peguam Negara. Itu pun satu misteri juga!

Ahad, 22 Ogos 2010

HAJI AHMAD DAUD DALAM SENARAI PUAK BERPERANG

Lembu-lembu UMNO berlaga berebut kawasan rumput
 

Tiba-tiba sahaja muncul nama Dato' Haji  Ahmad Daud, Pegawai Daerah Bera  dalam pergelutan politik jerantut untuk merebut kerusi Parlimen menggantikan Tengku Azlan. Mengikut lapuran blog pro UMNO itu Haji Ahmad ditonjolkan oleh Haji Rosdi  Pegawai Khas Tengku Azlan. Ada persoalan disini mengapa pula Pegawai Khas tonjol kiri, Tengku Azlan tonjol kanan?. Wau..... itu bukan urusan PR. Biarkan !.

Dalam komen blog 44sikulipat dan Suara Perhatin UMNO Jerantut terdapat komen mengenai Pegawai Daerah Bera itu mengurung isteri muda dan berkahwin dengan GRO semasa dikuantan. Husss hebat calon BN pru 13 ini. Pegawai Daerah itu juga masa jadi ADO PLB diJerantut dikatakan membela kroni saudara mara. anak beranak  dalam agihan kontrak PLB.

DO itu juga Menggunakan pengaruhnya untuk menangkap semua lembu orang kampung diangkut dan dikurung oleh Majlis Daerah Jerantut atas alasan terbiar dan tidur merata tengah jalan. Tuan lembu terpaksa menebus balik harta mereka itu hampir sama harga pasaran, jika tidak akan dilelong oleh Majlis Daerah.

Ahmad Daud Dipulau oleh orang kampung. Masa kenduri kawin anaknya, orang luar saja yang datang. Terpaksa impot orang luar memasak, menghidang dan kerja-kerja kenduri.  Huss.... kalau orang kampung dia tidak menerima, mahu jadi calon juga?. begitulah UMNO.

Baru-baru ini terdapat sepintas lalu nama Dato' Sharif Shamsudin bekas pengurus Besar Yayasan Pahang dalam blog sangkakala. Tetapi tidak ada sebarang reaksi dan komen. Namun peperangan yang menentukan hidup mati kali ini adalah antara ADUN Tahan dengan ADUN pulau tawar. Samalah kita saksikan..... kedua-duanya ala Nepoleon 'kurang cukup lima kaki' siapakah yang paling hebat. Ramai yang terlibat dan UMNO akan pecah kurang-kurang kepada empat kumpulan besar.

BLOG PRO UMNO PERANG SABIL DIJERANTUT


Sepanjang minggu ini blog pro UMNO diJerantut perang sabil berpunca oleh satu perjumpaan antara Tengku Azlan dengan kumpulan Dr Shukri di Kuala Lumpur. Tengku Azlan telah mengumumkan bahawa ganti beliau bertanding parlimen Jerantut PRU 13 adalah Dr. Shukri. Puak-Puak Wan Amizan ADUN Tahan naik darah kerana dalam perjumpaan itu Tengku Azlan dan Dr Shukri akan mempastikan Wan Amizan tidak bertanding dalam PRU 13 kerana dikatakan banyak isu.

Keadaan nampaknya payah reda kerana masing-masing sudah keluar buah dan bongkar semua isi perut mereka yang selama ini terpendam. Begitulah sama-sama mencuri akhirnya bila tidak sebulu muntah semua. Perangai orang UMNO.

Pakatan rakyat tidak payah bongkar lagi apa-apa isu kerana semuanya sudah terburai. Kita hanya memerhati, mendengar apa yang berlaku. Hanya dengan berusaha lebih kuat dari biasa kawasan parlimen Jerantut pasti dalam tangan Pakatan pada kali ini.

Sabtu, 21 Ogos 2010

KHUTBAH UMNO BOHONG

UMNO sudah kering modal diPulau Pinang buat cerita isu khutbah Jumaat kononya khatib menggantikan doa kepada KDYMM Agung atau Yang DiPertua Pulau Pinang diganti dengan nama Lim Guan Eng Ketua Menteri Pulau negeri itu.

UMNO sudah kekeringan modal sekarang maka mereka sedang mencipta isu-isu baru untuk dilemparkan kepada rakyat supaya percaya. Akhbar utama membuat liputan pembohongan tersebut dengan muka surat depan dan TV3 menghangatkan lagi diberita utama.

Pakatan Rakyat kena bersedia dengan usaha-usaha UMNO yang bukan baru ini supaya tidak terperangkap dengan kejahatan itu dimana-mana sahaja. Orang luar akan percaya dengan dakyah mereka pada halnya diPulau Pinang tidak ada apa-apa pun.

Selasa, 17 Ogos 2010

UMNO BALIK MACAM LAMA JUGA

UMNO sibuk ajak orang melayu bersatu kerana dah semput. Bagi UMNO bersatu itu hanya ada pada UMNO. Bila ramai orang ramai bersatu dibawah pakatan rakyat mereka kata itu bukan bersatu tetapi berpecah. UMNO kata bersatu itu hanya jika sokong UMNO. Bagus betul kamus UMNO dalam memberi makna bersatu.

MCA, Gerakan dan DAP telah bersatu. Timbalan Perdana mEnteri Muhyidin Yasin dan sebelum itu Hisamudin Tun Hussin Onn melatah. Terus warning MCA bangkit janji-janji persepakatan dulu. Memang begitu UMNO Gerakan dan MCA serta MIC selalu saja jadi mangsa kena ungkit janji dulu. Tapi UMNO tak berapa pakai janji dulu itu.

Suka melihat telatah pemimpin UMNO sekarang. Parti komponen pun suka tengok UMNO latah. Sebab itu mereka suka jolok ketiak UMNO. UMNO geli dan melompat dengan jerit merepek-repek.

Pakatan pun suka lihat UMNO melatah. Bila UMNO latah merepek rata. Jadi UMNO sekarang jadi parti politik  latah.  Siapa suka latah masuk UMNO. PR usik, parti dalam BN usik UMNO. Jadi nampak UMNO dah jalan sorang.  Apa dah jadi?

Rabu, 4 Ogos 2010

LAWATAN PRESIDEN DAN TG NIK AZIZ KEJERANTUT BERKESAN


Lawaran Ustaz Haji Hadi Awang ke Jerantut khususnya kedalam DUN Tahan meriah dan dapat sambutan hangat penduduk disana. Presiden PAS yang di sertai oleh Jawatankuasa pusat dan Pesuruhjaya PAS Pahang itu dapat bermesra dengan orang kampung Ulu tembeling dan berikrar menyokong PAS dalam pilihaan raya ke 13 nanti.

Selang beberapa hari Tuan Guru Nik Aziz menteri Besar Kelantan pula mengadakan lawatan keJerantut disambut dengan meriah juga. Tuan Guru bukan sahaja bertemu dengan ahli-ahli dan penyokong PAS malah dapat bertemu dengan Anggota Pakatan Rakyat serta kelab penyokong PAS dari Masyarakat Cina dan India diRestoran bersebelahan RHB, Jerantut.

Dianggar dua ratus orang terdiri dari orang melayu, cina dan India berkumpul mengalu-alukan ketibaan Tuan Guru. Walau pun acaranya agak ringkas tapi memuaskan.

Tuan Guru juga melawat Batu Balai dan berziarah dikampung keluarganya dan bermalam dimasjid disana pada keesukannya beliau melawat bilik Gerakan PAS kampung Koi damak serta beramah mesra denga mereka disana. Kira-kira 100 orang jentera PAS menyambut beliau disitu. Tuan Guru berucap agak rengkas tetapi mempunyai mesej yang sangat bermakna kepada jentera.

Lawatan Pemimpin Besar PAS kali ini memberi kesan besar dan menaikan semangat ahli dan penyokong PAS dan pakatan rakyat di Jerantut.

Jumaat, 30 Julai 2010

HAPUS 7% DISKAUN HARGA RUMAH DISELANGOR - TONY PUA

PEMIMPIN UMNO MELOMPAT LATAH

Tony Pua Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara telah bersuara supaya diskaun harga rumah berharga RM500,000 keatas kepada orang melayu hendaklah dihapuskan oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Cadangan penghapusan itu dibuat kerana analisa yang dibuat bahawa kuota tersebut hanya dibeli oleh mereka-mereka yang kaya sahaja. Mereka membeli dalam masa sehari dua, kemudian menjual semula kepada ejen-ejen hartanah dengan mendapat keuntungan segera.

Cadangan Tony Pua itu sangat tepat kerana mereka yang kaya membuat duit dengan cara ini, kuota habis dibolot oleh orang-orang tertentu sahaja. Akhirnya orang melayu tidak ada apa juga. Cadangan ini bukan hartanah pada harga RM300, 000 kebawah kerana ia adalah harga  mampu milik dan mereka yang membeli adalah benar-benar memerlukan rumah. Tan Sri Khalid bersetuju dengan Tony Pua itu kerana kerajaan PR selangor telah didedahkan dengan maklumat sebenar.

Pemimpin UMNO melompat seolah DAP mahu menghapuskan semua hak istimewa orang melayu. Lain pula jadinya. Inilah cara UMNO memainkan isu jika ditimbulkan oleh Pakatan Rakyat.  Mereka tetap membela pada segala yang salah walaupun merugikan bangsa sendiri. Pada hal waktu BN memerintah dahulu ejen-ejen itu terdiri dari syarikat orang kuat UMNO yang juga proksi kepada pemimpin UMNO termasuk Khair Toyo.

Ahad, 25 Julai 2010

KEZALIMAN TERHADAP JENERASI KEDUA FELDA

Pakatan Rakyat sangat bersedih dan bersimpati tanaman pisang jenerasi kedua Felda Bukit Damar Lancang dimusnahkan oleh PTG Pahang hingga hasil pisang yang sedang berbuah berlamparan membazir.

Inilah satu bentuk kezaliman kerajaan negeri dibawah pimpinan Adnan Yaakob yang tidak cuba menyelesaikan masalah jenerasi kedua diFelda.  Jenerasi kedua Felda telah tidak dipandang penting oleh kerajaan negeri dan lebih memberi pehatian kepada syarikat-syarikat besar untuk diberi tanah.

Mereka lebih mengutamakan syarikat kroni-kroni mereka untuk memiliki tanah luas-luas sedangkan rakyat yang berusaha sekangkang kera pun dimusnahkan begitu sahaja tanpa peri kemanusiaan. Sepatutnya mereka memberi peluang sebingga hasil itu dikeluarkan terlebih dahulu, kemudian barulah memberi amaran jika meneruskan lagi akan diambil tindakan.

Biasanya sebelum PTG pergi membuat penguat kuasaan ADUN  akan dimaklumkan terlebih dahulu. Dalam hal ini dipercayai Dato' Shakar Shamsudin maklum lebih awal dan memberi signal supaya diteruskan.

Jpost telah membuat tinjauan kelokasi serta betemu dengan mereka yang terlibat, sangat marah dan berazam akan mempastikan Dato' Shakar tidak mendapat laluan mudah dalam PRU ke 13. Mereka juga berkata bahawa pemimpin UMNO sudah terlalu angkuh hingga bersikap takbur memusnahkan sumber makanan yang diusahakan oleh rakyat marhaen.

Jpost membuat tinjauan kekampung Durian Hijau, Jerantut pula dapat berjumpa dengan pemuda-pemuda disana melahirkan rasa kesal dan kecewa kerana permohonan tanah mereka telah ditolak oleh pejabat tanah Jerantut kemudian serta merta diluluskan kepada sebuah syarikat difahamkan pemimpin besar Jerantut yang bergelar 'Datuk'.

Jpost dapat melihat surat-surat penolakan permohonan pemuda-pemuda berkenaan dan surat pengesahan kelulusan tanah kepada syarikat berkenaan oleh pejabat Tanah Jerantut.

Inilah caranya sekarang pemimpin UMNO yang dikatakan 'pencapaian diutamakan, rakyat didahulukan' tetapi apa yang berlaku ' pemimpin didahulukan'.

Jumaat, 23 Julai 2010

PAKATAN RAKYAT JANGAN HAYAL PELAN DAMAI

Pelan damai UMNO-PAS ditonjolkan oleh Pemuda UMNO Jerantut nampak ada logik.Tapi Pas utamakan Islam. Dapatkah UMNO meletakan perjuangan Islam sebagai dasar utama negara? Jika boleh terima prasyarat itu boleh mulakan. Kalau tidak, buang masa sahaja. Lebih baik buat kerja masing-masing.

PAS tidak boleh hayal dengan pelan damai. Pelan damai sentiasa merugikan PAS. Isu pelan damai selalu PAS kena spin untuk menguatkan UMNO. Kononya PAS keras kepala tak mahu berpadu dalam Islam. Mereka ajak Pas berunding dalam masa sama pistol hujung hidong PAS.

PR amat rasa geleman bila pemuda UMNO buat syor tentang pelan damai UMNO- PAS. Pemuda Jerantut lihat apa yang jauh sedangkan  nyamuk dalam kelambu sendiripun penuh melabut hisap darah UMNO.

Pemuda UMNO Jerantut itu sendiri kalang kabut dengan naib ketuanya letak jawatan, ketuanya, ada pelan undi tak percaya dari jawatankuasanya, mesyuarat Agung tak berapa cukup korum dan banyak lagi perkara yang berbulu nak sebut.

PR mesti yakin boleh tawan negeri Pahang. Tawan Pahang bermakna tawan seluruh Malaysia kerana Pahang negeri Perdana Menteri. Adnan Yaakob sedang serabut, satu ketika sudah kemas barang pejabat MB tunggu masa kena keluar.

Sekarang banyak lepaskan balak, tanah pada cina dan kroninya sebagai persediaan  terjun lubuk.Mereka heboh fasal curi pasir diSelangor. Bila semua orang pandang negeri Selangor, disini  tangan mereka raba apa yang boleh dijual cepat.

UMNO /BN cukup bersedia untuk terjun jadi pelan damai apa lagi yang kita tunggu? kerja kuatlah dalam PR kerana perigi buta sudah menunggu mereka!

Khamis, 22 Julai 2010

SELAMAT DATANG KELAMAN JERANTUT POST

Kami mengucapkan salam perjuangan dan selamat datang kelaman web Pakatan Rakyat Jerantut. Sekian lama kami berhasrat untuk membuka laman ini maka tercapailah tujuan hasrat murni kami. Laman ini akan kami sarikan dengan penuh tanggung jawab bagi membantu gerakan rakyat menentang kebatilan, kejumudan, ketidak adilan pemerintah hari ini.


Agar dengan kelahiran kami dapat membantu Pakatan Rakyat lebih bersemangat untuk berjuang tanpa rasa jemu dan rasa tertekan demi membela rakyat yang kian lama kian terpinggir oleh kesibukan para pemimpin BN untuk mengisi kepentingan diri mereka tanpa memperdulikan suara-suara halus dari rakyat.


Kami berharap agar saudara saudari yang menyokong, bersimpati dengan perjuangan Pakatan Rakyat terus sering melawati laman ini dan memberikan komen, kata-kata semangat serta kritikan kepada kami agar perjuangan Pakatan Rakyat lebih berkesan dihati nurani masyarakat dan mentafsirkan sokongan mereka pada PRU 13.


ALLAHU AKBAR